Tuesday 20 October 2015

Our Big Day !!!! SCCC menjadi saksi ...

Assalamualaikum... huurm..
jerebu makin teruk... kepala sakit..mata sakit.. sis nak pesan.. tolong jaga diri dan banyakkan minum air suam.. semoga bumi kita dilindungi ALLAH .. semoga jerebu ini tamat segera.. in shaa ALLAH..

13.10.2015 yang lepas sis and the geng telah berkonvo di Setia City Convention Centre.. kat mana Setia City ni?? haaa..ni sis nak habaq mai.. sebab ada yang tanya dekat mana setia city nih.. kalo korag dari puncak alam korang akan lalu jalan nak ke meru and dia depan sikit giant meru tuh.. and if korang dari meru die sebelah kiri..so, korg xperlu nak u-turn.. tp kalo korang lalu guthrie die jalan menghala ke shah alam tp masuk bukit jelutong.. sampai situ korang akan nampak signboard setia alam.. Tapi, kalau korang dr shah alam, Setia City ni akan korg nampak sebelah kanan dan korg kena buat u-turn. Setia City Convention Centre ni betul2 tepi jalan and korg akan nampak Setia Mall dulu..haaaa.. sekian penerangan sis..ahahah sorry xada map.. hihihhihi... just gambar Setia City Convention Centre jer ada..
Gambar dari google images...
Al-kisahnya, bukan nak cerita pasal SCCC ni. Tapi, sis nak share mengenai Hari Konvokesyen Kolej Perkembangan Awal Kanak - kanak kali ke-6. Hari yang ditunggu oleh semua student yang belajar.. heheehehe... Bila da konvo rasa nak belajar lagi pulak and plus.. rindu dengan classmate yang menggila.
dah xnak cakap banyak.. nah gambar time konvo..
#campakbelakang
dari kanan Mekni, Mekka, Mekna, , Kak Wan, Mekyah (me) and Kak Dira 

Finally, we officially graduate .. yeeaaayyyy!!!
Love Meknab !!!!

with kohort 12A .. girls only ..
lagi gambar....

with mekni,mekna and syeera (kiri hujung|)

Muka ready nak lompat tapi fail.. heheehe...

with Nor Syafika Bt Jali a.k.a Mekka 

with Qurratu Aini a.k.a Mekni (Kanan hujung) and Nurul Aina a.k.a Mekna (Tengah ) and .......

With kak wan (hujung kanan), Karim (dua dari kiri) and mekni. 
Will miss you guys.. #staylove #staytogether
#Meknab #Kohort12A... 
Good Luck for your undertaking future .. 
2012 - 2014 
13.10.2015(Big Day )

*Moga ALLAH Redha persahabatan kita .. 
*Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak ...

Monday 5 October 2015

PALING RAPAT


Assalamualaikum wahai sahabat - sahabat.
 Moga kalian di redhai ALLAH selalu.


JUST FOR SAHABAT. 
SENTIASA SALING MENEGUR JIKA KITA ALPA, 
SERING MELURUSKAN KITA DI SAAT KITA BENGKOK, 
SERING JADI BAHU DAN TELINGA DI SAAT KITA LEMAH. 
MENERIMA KEKURANGAN KITA DAN SENTIASA MENYANJUNG KELEBIHAN KITA. SERING MENARIK KITA BANGUN DI SAAT SATU DUNIA MENOLAK KITA JATUH.
DAN DIA TAK PERNAH MELUPAKAN KITA WALAU DI MANA PUN DIA BERADA.

APPRECIATE YOUR FRIENDSHIP .. 


CC : GAMBAR FACEBOOK(LUPA FB SAPA) 

* Moga ALLAH Redha
Wassalam ..


Tuesday 22 September 2015

- Imam Syafie -

Assalamualaikum dan selamat pagi.. ^_^
MUTIARA KATA :

" Kalau kau tak terkesan dengan dakwah ku,

hanya di sebabkan dua perkara.

Samada ,hati "Aku"

yang kotor , ataupun hati "Kau" yang kotor. "

Imam syafie

*Moga ALLAH redha 

Monday 21 September 2015

Saja cakap... 

tolong dengar background music.. hiihhihih..

mentang - mentang nama H.I.D.A.Y.A.H .. Lagu ippo hafiz jadi pilihan ambe.. H.I.D.A.Y.A.H.M.U .. SEDAP LAGU NI.. meh nak share lirik sikit.. 

Langit terbentang, lapang hatimu
Di saat kau lihat kebesaranNya
Menanti waktu, silih berganti
Di saat kau mengharapkan kasihNya
Cahaya yang suram terlihat di depan
Di saat kau mencari keredaanNya
Ku biarkan masa berlalu

Dan biarkan tangis tawamu
Menemankan sepi malam
Hidayah dariNya

Pendek jer lagu dia.. hehehe..

*out for lunch ..
Moga ALLAH redha.. bubyee.. 

Assaalamualaikum and knock knock (tetiba kan, lagu elizabeth tan dekat radio ni.. hihihi)

MOTIVASI PAGI NAK KE TENGAH HARI.. 


W.O.R.K H.A.R.D ..

E.X.P.E.C.T M.O.R.E ..

KEEP IT UP.. 


*smilealways  ^_^ ...

Moga ALLAH redha..


Tuesday 8 September 2015

Kerja luar dari bidang???

Assalamualaikum and very good morning, (but actually lagi setengah jam nak tengah hari dah.. hihihi)

*buat muka comel fikir ayat nak mula... huuurrmm...
dan - dan tengah buat muka comel nak fikir ayat call masuk... kita jawab dulu call .. okey sambung........
kerja luar dari bidang? maksudnya? apa dia?
Aku baru start kerja baru and baru jer 3 minggu lebih. korang agak - agak kerja apa yang aku dapat dengan kelulusan aku DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION. Yes.. kerja dekat tadika mana? guru ke? kerja baru aku betul - betul di luar bidang . aku pegang jawatan as RECEPTIONIST CUM ADMIN ASSISTANT. hah? what? jauhnya lari... saya tak lari, saya tengah duduk jer ni awak sambil menaip..hihihi... yer.. semua yang jumpa aku tanya. Dah kerja ke? kerja apa? bila aku bagitahu kerja aku sekarang. Ramai akan cakap eerrr.. ambil early childhood tapi kerja lain. and ada juga cakap buat apa kau amik Early Childhood kalau kerja lain ? and sama dekat tempat aku sekarang. bila aku cakap SAYA NAK CARI PENGALAMAN DULU. then ada yang cakap macam pelik je nak cari pengalaman dekat sini.

*buat muka tahap hodoh fikir ayat lagi ... huurrmmm.... 

So what? salah ke aku belajar lain and kerja lain. Rasanya tak salah sebab kita hidup bukan untuk cuba and focus based on apa yang kita pernah ambil masa diploma or degree. Ada jugak jurusan kejururawatan tapi jadi guru tadika. Ambil course bussiness tapi jadi guru sekolah rendah. Bagi aku lah. Janganlah pelik kalau korang jumpa someone yang kerja bukan dalam bidang dia. Lagi - lagi kalau dia background earlychildhood education. Semua orang boleh timba pengalaman kan. Tapi, bersyukurlah siapa yang dapat kerja sama bidang dengan korg belajar dulu.. hahahhaa.. seriously.. aku rindu nak mengajar.. tapi.............. (ayat tergantung)

huurmm.. okey.. habis aku membebel.. sebab dah lama tak update.
Good Luck for your undertaking future. Good Luck for myself too..

*Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari saya. Keep in touch .. Wassalam..

Tuesday 16 June 2015

Aku, Muffin dan kanak - kanak ..

Assalamualaikum.... tok tok tok...

morning rise and shine ..

actually ni cerita semalam la.. tapi disebabkan semalam aku agak busy.. baru sempat nak update pagi ni.. memandangkan aku tak berapa free sangat. aku curi2 jugakla untuk mengupdate... so.. korg bersiap sedia la membaca bebelan aku.. haaahahha.. 

Bismillahirrahmanirrahim.... first.. aku tak der la pandai sangat buat muffin or kuih or kek ni.. and aku tak suka pun buat sume benda tu.. selalu mak aku yang rajin buat dan dibantu dengan adik - adik aku.. haahahaa.. so.. semalam di dalam sejarah buat pertama kalinya aku membuat muffin sambil dibantu oleh anak - anak ... tepukan untuk aku... huhuuhuhu... oke malas nak membebel..

ni gambar buat tatapan korg.. 
 ni bukan hangit tau... ni muffin coklat... bolehla.. first trial...
proses membuat muffin.
nak tahu resepi ke?? aku sharela.. tapi ni pun resepi dari orang.. 

Resepi Muffin Coklat Cip yang simple :

Bahan - bahan :
120 gram gula pasir
125 gram mentega 
3 biji telur
2 sudu besar susu tepung (susu yang budak2 punya tu)
250gram tepung naik sendiri
3 sudu besar serbuk koko 
100ml air
coklat cip secukupya.. (tapi aku pakai coklat manik tu sebab tak ada coklat cip)


Cara membuat :
*Sediakan semua peralatan dan pastikan semua peralatan bersih dan bahan - bahan mencukupi .. hiihihih.. (selingan)
* tangan pastikan bersih
*panaskan oven lebih kurang 15minit sebelum digunakan..

1. Pukul mentega dan gula pasir sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sebanyak 3 biji dan pukul lagi.
3. Maukkan pula tepung naik sendiri, susu tepung, serbuk koko serta air.
4. Pukul semua bahan sehingga semuanya sebati.
5. Sudukan adunan dan masukkan kedalam cup muffin sehingga 80% cup sahaja.
6. Akhir sekali, taburkan coklat cip atau coklat manik di atasnya.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.
8. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba ... ^_^ 

* Boleh dibuat bersama kanak - kanak dan good luck..
#akulensakamu ..
Maaf serba serbi kekurangan... 
Adiosss... bubyeee... 























Saturday 13 June 2015

Kanak - kanak anugerah terindah

Assalamualaikum,


My first story, my first experience ..
Apa tajuk tu?? Kanak - kanak anugerah terindah??
Kenapa aku pilih tajuk ni untuk pembukaan blog aku?? uurrmm.. *angkatkening
apa yang dimaksudkan dengan kanak - kanak?
Kanak - kanak bermakna mereka yang berusia dari 0 sehingga 18 tahun. 
(sumber:nota - nota aku belajar dulu)
What?? 18 tahun masih dikategorikan sebagai kanak - kanak?
*Yup .. so, sesiapa yang berusia 18 tahun tuh. awak masih kanak - kanak yer sebenarnya.. hahaha..
Kenapa aku kata kanak - kanak anugerah terindah??
aku rasa korg patut buat :
 - duduk dengan kanak - kanak,
 - faham dorg,
 - main dengan dorg,
 - masuk dalam dunia dorg.. .
 Then korg akan faham maksud title entri ni.. so sekarang pergi cari kanak - kanak seramai mungkin. korg akan rasa kebahagiaan sebenar ... hahaahhaa..
*selamatmencuba

#akulensakamu
Bubyee... *lambaitangan